CARA MEMBUAT RESUME
Okay untuk sharing saya yang seterusnya ni, saya nak share dengan korang cara membuat resume. Post saya kali ni tak panjang pun sebab saya tak ada la pakar sangat dalam membuat resume ni. Saya cuma boleh share sikit-sikit berdasarkan pengetahuan yang saya ada.
Perkongsian saya hari ni, saya nak bagi kredit kepada Pensyarah Pengajian Am saya di Kolej Matrikulasi Pahang iaitu Sir Nasrul Isyam. Beliau la yang ajar kelas saya cara nak buat resume ni. Also, kredit kepada kawan saya Amrina sebab saya tengok contoh resume yang dia punya dulu baru saya buat saya punya resume hehe thanks Mina! Tak lupa juga, saya belajar cara buat resume melalui satu akaun di Instagram. Korang boleh search @resumekreatif_hrk di Instagram. Baiklah sebelum kita mulakan, saya tunjuk dulu contoh resume.
And this one saya punya but i had to hide a few details. Tapi tak apa saya dah tulis kat situ apa yang patut korang isi di bahagian yang saya hide tu.
Maaf kalau gambar tak jelas sangat tapi saya akan explain jugak sikit-sikit jadi jangan risau. Perkara pertama yang korang perlu tahu, nak buat resume ni tak perlu fancy pun. Tengok contoh tu, simple yet classy. Here are the rules untuk buat resume:-
1. Max guna 3 colour sahaja (more than that nanti your resume will look messy and sakit mata interviewer nak baca)
2. Buat dalam bentuk point biar nampak structured (kalau korang buat dalam bentuk karangan ke memang tak ada orang nak baca hahaha)
3. Ikut garis masa (jangan point 1, korang cerita achievement masa sekolah menengah tiba-tiba point kedua korang pergi cerita zaman tadika pulak. Pastu point ketiga masuk sekolah menengah balik. Haa jangan ye. Pening nanti)
4. Tak perlu cerita your achievement yang dah lama like 8 years ago (If you sekarang ni peringkat pra-universiti seperti asasi, diploma, matrikulasi atau stpm, cerita tentang sekolah menengah ke atas je. Yang masa sekolah rendah no need to listkan dalam your resume okay. Kalau dah graduate, ambik yang peringkat uni je. Sekolah menengah tak perlu cerita dah)
5. Include your information like name, age, how to contact you, skills and etc;
6. Include references (It could be anyone yang berkait. Kalau di sekolah menengah, boleh letak pengetua. Kalau uni, boleh letak your lecturer)
7. Max 2 pages. Better 1 pages only macam contoh tu.
8. Ada objectives (Anything yang korang nak capai atm)
Okay saya rasa itu je kot yang penting. Sekarang saya nak cerita bagi peringkat pra-universiti. Mesti korang ada terfikir jugak dalam resume ni nak letak apa je kan sebab kita tak kerja lagi, tak ada experience apa semua.
Macam yang saya buat, bahagian academic tu, saya tulis nama institusi and listkan result saya. Ambik result yang penting je like PT3,SPM, CGPA and MUET. MUET tu saya letak sekali jugak sebab nak masuk uni kat Malaysia ni perlu result Muet ye.
Bahagian co-curiculum pulak, mula-mula saya tulis dulu penglibatan saya dari tahun 2015-2019 iaitu zaman sekolah menengah saya. Korang senaraikan je semua yang korang pernah masuk. Tapi kalau rasa banyak sangat, ambik yang terbaik je. Contohnya ambik yang penglibatan peringkat kebangsaan/antarabangsa. After that, tahun 2020-2021 pulak iaitu masa saya di matrikulasi. Sama jugak macam yang sekolah menengah, list je yang korang rasa patut. Kat sini jugak boleh letak jawatan yang korang pegang time sekolah/pre-u dulu.
Next, bahagian sebelah kanan. Saya letak gambar saya dalam bulatan tu. Gambar ni optional tau. Bagi saya better letak sebab boleh la interviewer kenal muka korang. Tapi, pastikan letak gambar formal tau macam gambar dalam kad matrik tu. Jangan korang pergi bantai letak gambar selfie pulak. Okay je kot tapi nampak tak professional la hahahaha.
Seterusnya, personal information tu korang letak la pasal diri korang. Senang je yang ni. Part yang susah skills and strength tu. Untuk yang ini, saya suggest korang buat macam contoh saya buat tu sebab senang inteviewer nak tengok. Kalau korang tulis je dia tak membantu sangat. Resume ni kita kalau boleh nak memudahkan interviewer tu menilai kita. Strength tu sifat korang yang korang rasa sesuai la (Cari la sifat yang ke arah positif ye). As for skills, saya tak pasti sangat tapi kalau saya, saya letak my computer skills. Contohnya, kemahiran menggunakan powerpoint, excel and word.
Last sekali, how to contact you. Letak la alamat rumah, no phone and your email. Kalau korang nak tambah Instagram/Twitter pun boleh je. But serious question, korang nak ke your interviewer stalk korang kat Socmed? Lagi-lagi kita yang gen z ni memang banyak post benda yang mengarut kan especially kat Twitter hahaha. Itu tak masuk lagi tweet yang sendu-sendu tu HAHAHAHA malu nanti.
Okay la saya rasa itu sahaja untuk post kali ni. Harap korang faham dan dapat ilmu sikit daripada sharing saya ni. Maaf saya tak mampu nak share banyak sebab saya pun newbie. Saya ada satu tips tau.
Kalau nak buat resume, cari je template yang dah ada kat Canva then korang edit je. Lagi senang sebab tak payah pening fikir design dah.
Kalau ada nak tanya apa-apa feel free to comment okay? Goodluck buat resume yang bagus korang!
Till we meet again<3
Comments
Post a Comment