PROGRAM PPC MATRIKULASI - PART 2

 


Welcome to part 2! So, kat sini tak ada apa sangat pun, just nak ceritakan pengalaman saya before and after dapat tawaran. Proses apa pulak yang saya kena lalui lepas dah dapat tawaran and also the dilema~~

Masa mula-mula kaunselor bagitahu pasal program ni, saya macam berminat tau. Tapi saya ni average students je so mesti la rasa macam ish takkan dapat ni dah la yang apply beribu dia nak 30 orang je satu Malaysia. Dalam rasa macam tu, saya tetap jugak apply entah kenapa konon saja la nak mencuba nasib. Then, saya apply 2 subjek iaitu Biology and Chemistry. Negara pulak pilih Australia. Masa nak buat permohonan ni, dia nak tengok jugak sijil spm dengan sijil english yg GCE-O tu. Dah la time tu, dua-dua sijil tu ada kat sekolah lagi. Terpaksa la mintak tolong ayah ambikkan sebab ye la saya kat matrik ni memang kena lockdown dah masa tu. Nasib la ayah layankan aje pergi ambik sijil lepastu scan lagi sijil-sijil tu semua dan hantar kat saya through whatsapp. Lepas dah isi borang apa semua tu saya pun hantar la. Tak lama lepastu, saya dapat tahu yang saya lepas syarat permohonan tu and lepastu saya duduki ujian UKCG tu. Ujian ni memang banyak dia tanya pasal benda yang kita boleh fikir secara logik akal. 

A few weeks after jawab UKCG tu, saya dapat tahu yang saya lepas. Then, saya kena buat VKF dan VP pulak yang macam saya dah terangkan dalam part 1. Dalam kelas saya, ada 4 orang yang lulus sampai tahap ni iaitu saya, Umi, Vani dan Hui Hui. So, kitorang plan nak buat sama-sama. Kawan saya, Umi antara orang yang banyak tolong saya dari segi nak record apa semua tu. Awal pagi lagi dah ada kat padang sebab nak record VKF sama-sama. Despite everything that happened after that (Umi iykyk), kami boleh jugak siapkan video. 

Bila dah settle VKF, saya buat pulak VP. Ini lagi satu hal 😂. Mula-mula tu, dah buat dah video kat BT tapi whiteboard dalam BT tu tak clear. So, saya decide nak buat lagi. Disebabkan, saya agak segan ye nak buat video bila ada orang lalu-lalang sebelah, saya pun gigih la mendaki ke BT tingkat atas sekali. Mula-mula tu okay je sorang-sorang tapi tengah-tengah record tu tetiba bunyi kerusi camtu kat BT sebelah. Apa yang peliknya ialah BT tu takde orang. Takkan la angin kuat betul kan? Mula dah rasa seram hahaha pastu saya call la roommate ajak teman. Nasib la ada Ani. Ani redho je teman saya sambil main ml hahaha. Then, settle la semua benda. Lepas siap tu upload la dua-dua video tu ke Youtube. 

Tibalah hari result iaitu 4 Ogos 2021. Masa ni nervous tau. Tapi sebab kita ni tahu kemampuan kita kat mana kan, jadi rasa macam peluang nak dapat tu tersangatlah rendah. Secara jujurnya, saya memang tak berharap sangat pun kat tawaran ni. Memang dari awal lagi niat apply ni saja-saja nak cuba nasib. Bila dah sampai masa tu, saya pun buka la website dia nak check kan. Tapi maybe sebab ramai orang check jugak masa tu, page tu duk loading je. Tiba-tiba classmate saya Vani yang sama-sama buat video dengan saya tu whatsapp saya. Dia cakap dia tak dapat tapi saya dapat tawaran tu. Masa tu macam terkejut lah kan. Rasa macam eh biar betul Vani ni. Padahal Vani tu budak 4 flat kot. Saya ni tak sampai pun huhu. Tanya Umi dengan Hui Hui pun diorang tak dapat. Tak lama lepastu, website tu dah boleh buka, saya pun check lepastu dia keluar macam ni.


Masa tu Ya Allah sampai menangis weh sebab memang tak sangka sangat. Sumpah masa tu macam aku mimpi ke ni. Bila ayah balik kerja, cerita la kat ayah. Ayah happy gila tapi dia macam tak ingat bila saya apply program ni hahaha biasalah ayah-ayah kan. Terus dia call ibu bagitau ibu yang still ada kat tempat kerja. Ibu pun happy la kan. Lepas dah habis drama air mata apa semua tu, tekan la terima and ada kena hantar macam-macam borang la. Hari tu jugak, saya dapat tahu yang dalam Kolej Matrikulasi saya iaitu KMPh, saya sorang je yang dapat huhu. Sedih jugak la sebab harap ada kawan satu matrik sekali. Matrik lain ada la yang 2 orang, 3 orang camtu. Tapi tak apa la at least dapat kawan baru daripada matrik lain.

Tapi...jangan nak happy sangat dulu. Sebabnya ni baru tawaran bersyarat. Belum tawaran penuh lagi la. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah Memperoleh keputusan minima 6.5 dalam IELTS. Sebelum ambil ujian tu, kitorang akan menghadiri kursus IELTS dulu. Kursus ni dibuat secara online sahaja oleh ejen yang telah dilantik oleh pihak KPM. Kursus ni nak bagi kita sedia la nak ambik ujian tu. IELTS ni lebih kurang je dengan MUET. Nanti saya akan share apa beza MUET dengan IELTS ni. 

Sebelum ni banyak je pusat ujian IELTS ni di seluruh Malaysia. But due to Covid-19, ada beberapa tempat je yang dibuka. Pusat ujian yang terdekat dengan saya adalah di KL. Bayaran untuk IELTS ni dalam RM795 camtu. Kita akan bayar guna duit kita dulu and nanti boleh claim balik dengan KPM. Cumanya, KPM akan tanggung sekali tu je la. Contoh la, kalau korang tak dapat band 6.5 ke atas, korang boleh je ambil lagi ujian tu sampai lulus, tapi KPM akan tanggung untuk yang lulus tu je. Alhamdulillah, saya lepas band 6.5 tu sekali je. Untuk batch saya kali ni, saya rasa semua lulus sekali ujian je. 

Bila dah lulus IELTS tu memang lega dah hati masing-masing. Dalam masa yang sama, kami ada jugak program persediaan di mana ada pensyarah matrik yang juga ex-ppc ni jadi macam pengajar kami. Kami dibahagikan mengikut course masing-masing. Dalam program ni, kami akan diajar balik certain topic yang dah belajar di matrik dulu dan topic baru. Program ni macam nak bagi kami bersedia la dengan tajuk-tajuk yang akan kami belajar semasa sem 1 nanti. So, nanti boleh focus on adapting to college life at overseas. But, kitorang bukan belajar je tau, ada jugak assignment sikit huhu untuk test tahap pemahaman kitorang. Untuk penempatan universiti pulak, pihak KPM yang akan decide kita pergi ke uni mana.

Saya sebenarnya macam tak percaya lagi yang saya ambik kimia as my major. Dulu time SPM beria tak suka kimia. SPM pun mampu dapat B je untuk subjek kimia. Tapi bila masuk matrik, tetiba suka pulak dengan kimia. Itulah orang cakap jangan benci sangat nanti tersuka. Tibe. Tapi entah kenapa saya rasa kimia time matrik lagi senang daripada time SPM. Bukan kimia je la. Boleh kata hampir semua subjek la (math masih lagi susah). Tapi tak tahu la mungkin sebab masa SPM dulu banyak main-main hahaha. 

Sekarang saya nak cerita pulak dilema yang saya hadapi. Masa tu kan, result upu dah keluar. Dapat pulak pilihan pertama iaitu medic unimas. Lagi la rasa macam aduh nak pilih yang mana ni eh. Ada la a few students yang dapat tawaran PPC tu tarik diri sebab nak pilih upu punya. Saya pun masa tu beberapa hari jugak la duk termenung fikir. Bincang dengan my parents but diorang cakap, pilih je mana-mana. Diorang ikut je pilihan saya and tak ada nak paksa-paksa sebab diorang cakap ni masa depan saya so saya yang kena decide sendiri. Kalau tanya hati, memang nak go for medic. Last-last saya buat solat sunat istikharah. 

Lama lepastu, fikir-fikir saya pilih tawaran PPC ni. Antara sebabnya, saya ni anak sulung. Saya ada fikir jugak kalau saya ambik medic kena buat pinjaman apa semua, tak masuk lagi bila dah graduate nak kena tanggung hutang. Zaman sekarang pulak, ramai Dr yang belum diposting, HO pun ramai yang berhenti, underpaid lagi. Bukan nak bagi imej buruk ke apa tapi ni realiti. Kalau saya pilih PPC ni, saya akan ditaja sepenuhnya. Family saya pun bukannya orang senang. Kalau saya as anak sulung ni dah ditanggung sepenuhnya oleh KPM, my parents tak perlu dah fikir nak bayar cost uni apa semua. So, kurang la beban for them and duit tu boleh guna untuk adik-adik saya ke apa. I know they said diorang tak kisah dengan pilihan saya, but anak sulung kan. Sifat being considerate tu memang akan ada. Also, peluang nak belajar luar negara tu tak semua orang dapat. Ofc melancong tu semua boleh but tak sama pengalaman dia dengan jadi student kat sana. Dengan biasiswa ni jugak, nanti balik Malaysia boleh kerja dengan KPM. Maksudnya memang dah ada tempat so tak perlu pening nak fikir nak cari kerja kat mana bila dah graduate nanti. 

I think that's all pengalaman yang saya nak cerita. Setakat hujung bulan 12 ni, saya still dalam program persediaan. Syarat dah lulus semua. Sekarang tengah prepare nak buat visa cuma tak tahu lagi fly bila. Sem 1 start 14 Februari 2022 tak silap. Harapnya dapat fly soon to 


Lastly, saya nak bagi nasihat je. Kita ni sebagai manusia perjalanan hidup kita tak sama antara satu sama lain. Kadang-kadang apa yang kita nak tak selalunya kita akan dapat. Tapi Allah dah sediakan rancangan untuk kita. Kita tak tahu mungkin Dia gantikan dengan perkara yang lebih baik. Apa yang penting, kita sendiri tahu yang kita dah usaha sehabis baik. It's okay untuk rasa kecewa but jangan lama-lama. Allah akan bagi apa yang kita nak pada masa yang tepat. Trust Him. Just in case no one has told you today, i would like to say that I'm so proud of you and what you've achieved so far. 


Till we meet again<3

Comments

  1. Thank you Kak Anis, your sharing really help me a lot. Mula-mula tak yakin nak mohon PPC ni sbb tahu diri ni biasa je and ramai lagi yang hebat kat luar sana.Tapi bila baca sharing Kak Anis terus semangat and rasa macam ada orang tolong guide semua.Good luck for your future. Semoga Kak Anis terus berjaya dunia akhirat and dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww thankss dear. Good luck for your future too, I wish you all the best <3

      Delete
  2. first of all, saya nak cakap yang saya rasa nak nangis da baca part last2 tu. rasa terconvinced sangat huhu :') thank you kak anis for the sharing, all the best in future!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome dear!!! I hope this sharing helps you and good luck for your future too <3

      Delete
  3. hi kak anis, saya student kms 22/23. alhamdulillah dah lebih kurang sebulan saya dekat sini dan saya sangat happy dengan module saya. however recently i have a lingering thoughts to try for ppc in the future, sebab pertama kali saya dengar im already so intrigued by the idea of it. tapi saya takut saya tak layak sebab spm saya hanya 4A. dan saya tahu pelajar pelajar ppc semuanya pandai belaka sejak high school, jadi apa pendapat akak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long as you passed all the requirements, I suggest you to just go for it! I'm an average student too in hs. It doesn't matter how many A's you got in SPM sebab diorang bukan tengok akademik je, all aspect diorang tengok. Just give it a try, dear. Lebih baik cuba daripada tak buat pape kan? At least, when you try to apply for the program, you still have chances of getting the scholarship. *wink

      Delete
  4. Assalamualaikum akak, saya pelajar lepasan matrik jugak and saya dapat program PPC, alhamdulillah. For IELTS, susah tak ?😅

    ReplyDelete
  5. hi kak. nak tanya if student SES pun dia tengok result first sem ke? or third sem nnti. btw saya kmph hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo kmph peeps!! For student SES, dia akan tengok result sem 3 nanti

      Delete
  6. assalamualaikum and hi akak <3 nak tanya , akak macam mana sekarang?
    Saya dapat 3A je untuk SPM , boleh ke kalau saya nak cuba mohon program PPC ni?

    ReplyDelete
  7. Hi kak. Bolehkah saya tanya kalau saya tak aktif dalam kokurikulum (tak ada mana2 jawatan) dalam sem 1, masih ada peluang kah? Risau betul saya.

    ReplyDelete
  8. hi , nak tanya untuk ujian IELTS tuu susah ke and so far okey ke PPC ni

    ReplyDelete
  9. Bestnya rasa baca pengalaman akak anis ni...saya pun ada apply juga esok ada ujian E-UKCG. kalau ada rezeki, daptlah saya pergi, kalau takde rezeki saya yakin ada yang lebih baik lagi Allah nak bagi dekat saya. InshaAllah.

    ReplyDelete
  10. Thankyou sis,saya sekarang tengah tunggu turn interview,ada dalam bilik kuarantin sekarang huhu,btw saya student KMPh jugak😊

    ReplyDelete
  11. ya Allah baca hujung2 tu nak nangisss 😭

    ReplyDelete
  12. Sama kes awak dengan saya, saya ambil biology di Manchester dan upu beri tawaran medic jugak uitm, saya fikir yang sama di mana tanggungan belajar sangatlah mahal sekarang, saya memang nk biasiswa untuk mudahkan urusan degree saya dan tidak mahu any pinjaman or loan, alhamdulillah settle iv spp skrg, sedang tunggu posting, doakan yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah , semoga Allah permudahkan urusan awak !

      Delete
  13. Hai semua! Saya telah mengemaskini blog saya dengan kandungan terkini tentang Topik semasa dan Teknologi! Kunjungi blog saya di jelajahberilmu.blogspot.com untuk mendapatkan tips yang berguna! Terima kasih atas sokongan anda!

    ReplyDelete
  14. Tq for promoting program matrikulasi

    ReplyDelete
  15. Agak agak bile eh keputusan ppc 2024 keluar kak. Tapi rasanya kaunselor akan inform kan kak

    ReplyDelete
  16. salam akak anis, saya harap akak dpt baca commnet saya ni, saya harap akak sihat selalu, saya baru je dpt tawaran ppc ni, jadi saya bebesar hati nk tahu lebih lanjut pengalaman menerima tawaran ini, saya harap akak dpt teruskan perkongsian pengalaman akak sehingga akak fly, perkongsian akak ni serba sedikit (banyak jugakla) dpt membantu saya dan dpt memudahkan lagi proses menerima tawaran nk, tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PROGRAM PPC MATRIKULASI

CARA MEMBUAT RESUME