PROGRAM PPC MATRIKULASI
Apa PPC ni? Program PPC merupakan singkatan kepada Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke luar negara. Basically, PPC ni ada dua. PPC Pendidikan Islam dan PPC Lepasan Matrikulasi. Hari ni, saya nak explain secara detail tentang PPC Lepasan Matrikulasi.
Okay, so program ni ialah program tajaan biasiswa untuk pelajar cemerlang oleh KPM. Biasiswa ni memang jarang sangat orang dengar. Saya sendiri pun baru tahu masa awal sem 2 kat matrik dulu. Itupun sebab kaunselor yang bagitau pasal ni kalau tak, memang sampai kesudah la tak tahu hahahaha.
Untuk pengetahuan korang, biasiswa ni terbuka kepada pelajar matrikulasi KPM SAHAJA. So, kalau korang from asasi nak apply ni memang tak lepas la ye huhu. Bidang yang ditawarkan adalah semua bidang yang termasuk dalam kategori Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM). Sebelum saya cerita secara lebih lanjut, saya bagitau dulu apa syarat-syaratnya okay?
Syarat Kelayakan PPC Matrikulasi:
- Warganegara Malaysia
- Memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM)
- Memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM
- Memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET); dan
- Memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi di Bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM). Yes itulah dia nama penuh program biasiswa ni. Kiranya, kalau korang dapat biasiswa ni, korang akan ditawarkan belajar ke luar negara. Bila dah graduate, korang akan ditempatkan di mana-mana Kolej Matrikulasi dalam Malaysia ni sebagai pensyarah. Korang akan terikat dengan kontrak with KPM untuk jadi pensyarah di matrikulasi selama 8 tahun. Tawaran ini terbuka kepada pelajar pst dan juga pdt. Cuma untuk pelajar pdt, korang hanya boleh apply masa sem 4 nanti.
Struktur pengajian
1. Satu (1) bulan persediaan di Malaysia.
2. Tiga (3) tahun di peringkat ijazah pertama di luar negara.
3. Lapan belas (18) bulan di peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan.
Fun fact! Biasiswa ni ditawarkan kepada 30 orang pelajar sahaja daripada keseluruhan Matrikulasi di Malaysia. Jadi, faham-faham la persaingan tu macam mana. Tapi jangan risau sangat la. Kalau ada rezeki kita, ada la tu. Kalau tak dapat pun jangan sedih okay sebab at least kita mencuba daripada tak buat apa-apa langsung. Betul tak?
Ada 5 bidang yang ditawarkan iaitu Math, Physics, Biology, Chemistry and Science Computer.Untuk Engineering saya tak pasti sebab kalau tengok batch sebelum-sebelum ni ada. Cuma untuk batch 2021 ni macam tak ada la pulak huhu. Buat masa sekarang, ada 2 negara yang ditawarkan iaitu Australia dan New Zealand. For future tak tahu lagi but mana tahu nanti ditawarkan pergi Korea pulak ke. Haaa boleh jumpa kpop idol korang hehehe.
Korang akan dinilai step by step. Mula-mula sekali permohonan. Dalam tu ada la kena lampirkan sijil, curriculum vitae/resume macam tu. Dalam borang permohonan tu, korang boleh letak 2 subjek yang korang nak apply dan satu negara pilihan. Kalau macam saya haritu, saya letak Bio dan Chem sebab saya minat dua subjek tu dan satu lagi sebab tak banyak pengiraan (tak suka math huhu). As for negara pulak, saya pilih Australia. Negara ni saya tak tahu sebab apa main pilih je hahaha. Bila dah siap isi semua boleh la hantar borang permohonan tu. Sekiranya lulus dan menepati syarat, korang akan duduki ujian UKCG pulak. Jangan risau ujian ni okay je. Objektif semua tak silap. Ujian ni hanya nak tengok korang ni sesuai atau tak nak jadi guru. Jawab yang positif je semua tau hehe.
After dah lulus UKCG, korang akan menghadapi temuduga pulak. Temuduga ni terbahagi kepada 2 iaitu Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan Video Pengajaran (VP). Untuk batch 2021 ni ada kelainan sikit tau. Berdasarkan pengalaman batch sebelum ni, pihak tajaan tu sendiri akan datang ke Kolej Matrikulasi dan tengok kita buat ujian kecergasan tu. Tetapi, batch 2021 ni kami kena buat VKF dan upload ke Youtube. Sama jugak dengan VP tu. Sebelum ni temuduga tu dibuat secara face-to-face. Tapi batch kali ni, kami perlu buat VP. Kalau korang pernah apply untuk IPG sebelum ni, mesti korang tahu ada kena buat video mengajar tu kan. VP ni pun sama la. Cumanya, ada la kami kena ceritakan sebab nak ambik course tu apa semua. Mungkin sebab covid-19 jadi pihak tajaan tak boleh datang kolej. Lagipun masa tu kebanyakan kolej kan kena lockdown sebab ada pelajar yang kena covid tu. Jadi untuk mengelakkan penularan virus tu, semuanya dibuat secara online sahaja.
Walaupun tak perlu berdepan dengan pihak tajaan untuk ditemuduga tu, percaya la proses nak buat video tu tetap susah ye. Nak kena cari Bilik Tutoran kosong lagi. Itu tak masuk lagi bila ada students lain lalu-lalang sebelah BT. Malu jugak rasanya bila diorang tengok kita buat video mengajar ni hahaha. Tapi demi biasiswa, tak apa la. Baiklah lepas dah upload dua-dua video tu ke Youtube, kita hanya perlu tunggu keputusan je. Kesimpulannya, proses dia ni je.
- Permohonan
- UKCG
- Temuduga
Result untuk batch 2021 keluar pada 4 Ogos 2021 dan untuk pengetahuan korang, result ppc ni akan keluar dulu sebelum result upu. Alhamdulillah, saya dapat tawaran PPC ni hehe. Kalau korang datang daripada post saya yang sebelum ni, tawaran PPC ni la yang menjadi punca kenapa saya tolak tawaran medic tu. Okay, saya rasa saya dah cerita apa yang patut korang tahu pasal program ni dan saya nak ucapkan goodluck kepada korang yang bercadang nak apply program ni nanti. Do your best okay! Kalau ada apa-apa nak tanya korang boleh komen tau InshaAllah nanti saya reply. Sekarang saya nak cerita pengalaman saya pulak hekhek. Tapi tak nak cerita kat sini sebab takut panjang sangat. Also, kalau korang nak tahu lagi proses apa lagi kena buat lepas dah dapat tawaran ni, korang boleh baca di part 2!
Till we meet again<3
saya nak tanya kalau kita dh lepas sekali interview akan diinterview buat kali kedua ke ?? sbb kawan saya dia kene interview sekali under UM sbb dia apply english mcm saya pula saya apply biology dengan english saya tak tau sangat perkembangan dia jadi curious pula
ReplyDeleteSorry dear, but I'm not so sure since during my time, there's no interview huhu
DeleteKalau kos sains mcm biology, takde interview kedua, nnti sebelum dipanggil ke luar negara, sebulan sebelum akan diberitahu untuk persiapan. Lepas 3 tahun di luar negara, akan ambil praktikal guru di malaysia 1 tahun di um or any maktab, itupun takkan kena interview dan auto terus masuk ke praktikal. Lulus praktikal, akan interview spp untuk diserap ke kerajaan. Lepas iv, maybe a year after, dipanggil posting ke mana2 matrikulasi. InshaAllah.
DeleteHi, is it possible if result spm dpt 4A only ? 🥹
ReplyDeletehi may i know u apply or no? If yes u dapat tak? Bcs i also got 4A waktu spm but i really want to apply for ppc.
Deleteakak nak tnya klau pointer untuk pspm 1 ni dpt 3.5 ke bawah boleh ke nak apply
ReplyDeleteklau bidang pengajian yang say pilih tu gred dia B boleh ke kak ke akak sarankan pilih bidang yang saya dapat A tu ? contohnya, saya dapat A untuk Science Compt tapi saya tak apply for scienc compt. Saya apply bidang biology and math, dimana bology biology and math tu saya dapat B+
ReplyDeletekan akak sambung dekat australia, so macam mana okay ke kat sana. ke akak rasa menyesal ambik kat situ. akak ada rasa tak macam better sambung kat new zealaand ?
ReplyDeleteHai apa contoh soalan yg di tanya MSA IV ya?
ReplyDeleteKalau lepas habis ppc jadi lecturer gov gred berapa ye?
ReplyDeletehi nak tanya kan dekat requirement ada mention tentang ielts so kita kene ambik ielts separately ke? if so bila kita kene ambik?
ReplyDelete