MEDIC INTERVIEW EXPERIENCE

Being in medical field has always been everyone's dream. Begitu juga dengan diri saya. Impian yang saya telah tanam sejak kecil lagi. Tambahan pulak, sejak kecil lagi keluarga belah ayah dengan ibu saya memang mengharapkan saya untuk menjadi doktor pertama dalam keluarga kami. Syukur alhamdulillah akhirnya pada tahun 2021, saya diberi peluang untuk menghadapi temuduga di dua buah universiti dalam bidang perubatan.

INTRO SIKIT

Saya merupakan pelajar lepasan matrikulasi kpm tahun 20/21. Jadi lepas tamat matrik pertengahan bulan 5 tu, kami akan apply sistem upu untuk kemasukan ke degree. Kami boleh isi sehingga 12 pilihan tapi kalau kita ada pilihan yang perlu ditemuduga, kita akan letak pilihan tu pada 4 pilihan yang pertama. Contoh kalau kita apply medic, medic tu kita akan letak dekat top 4. Haaa faham kan? Hehe kalau tak faham tak apa. Biasanya nanti kaunselor akan terangkan ataupun pihak upu tu sendiri akan jelaskan. Jadi, jangan risau ye. Saya tak berapa ingat sangat pilihan saya yang ke-5 hingga 12 tu. Tapi yang saya ingat, top 4 course pilihan saya ialah seperti berikut:-

1. Medic Unimas
2. Medic Ums
3. Sains forensik Ukm
4. Farmasi Uitm

Pilihan ke-3 dan ke-4 tu tak dapat huhu tapi Alhamdulillah Medic dua-dua universiti tu dapat. Dapat tu maksudnya bukan dah dapat course tu tau. Cuma baru dapat tawaran temuduga. Let's say kalau empat pilihan bertemuduga tu tak dapat, jangan risau sebab nanti pilihan ke-5 hingga 12 tu masih lagi ada peluang. Pilihan yang bertemuduga ni dia just bagitau dapat ditemuduga ataupun tidak dalam bulan 6 macam tu. Result full upu akan keluar dalam bulan 10 macam tu. Okay semua? Memandangkan keadaan kita sekarang ni yang masih lagi dilanda dengan covid-19, jadi temuduga tu dijalankan secara online sahaja. Kalau batch sebelum ni face-to-face. 

By the way, kat sini jugak saya nak bercerita sikit la kenapa saya ni minta course medic di universiti yang terletak di Sabah dan Sarawak sedangkan saya ni dari semenanjung. Padahal banyak je uni di semenanjung yang tawarkan course medic ni tapi saya tetap pilih Sabah/Sarawak jugak. Ada beberapa sebab sebenarnya hehe. 

1. Nak cari angin baru sebab kononnya tak pernah sampai Sabah/Sarawak sepanjang 19 tahun hidup. Jadi, kalau belajar kat sana, dapat la merasa jadi orang sana 5 tahun camtu. (mana tahu dapat jodoh orang sana, orang cakap lelaki sabah/sarawak ni hensem hehehe)

2. Kurang persaingan dan cgpa yang lebih rendah berbanding dengan uni di semenanjung. Result sem 1 saya di matrik tak ada la perform sangat. Jadi, saya risau kalau saya apply medic di semenanjung,susah nak dapat nanti sebab persaingan yang tinggi. Di sabah/sarawak ni, jarang la ada pelajar semenanjung yang nak apply (melainkan yang sejenis macam saya ni 😂). Mengenai cgpa tu pulak, Unimas dan Ums ni requirement dia ialah mendapat pointer 3.5 ke atas. Kalau uni lain di semenanjung kebanyakannya nak cgpa 3.7 ke atas. Kalau ikutkan, memang saya lepas tapi tak nak la ambik risiko tu sebab macam sipi-sipi sangat hahaha. 

Okay, itu je la sebabnya saya apply di ums dan unimas. Make sure korang tengok requirement setiap uni untuk course medic tu tau sebab setiap uni lain-lain requirement dia

Next, saya nak kongsi sikit macam mana interview secara online dibuat in case batch yang akan datang nanti pun, kena online jugak mau berdebar jantung ui. Let's get started!

TEMUDUGA MEDIC UMS (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH)




First of all, pihak UMS hantar email kat saya bagitau yang pihak diorang minta saya hantar beberapa dokumen iaitu:-

-Salinan i/c
-Sijil/slip keputusan SPM
-Slip keputusan Sem 1
-Sijil MUET

Bagi saya la, UMS ni agak susah ye interview dia. Sebabnya, lepas dah hantar dokumen tu, saya kena jawab pulak ujian psikometrik. Ujian ni dekat UNIMAS tak ada tau. Uni lain saya tak pasti sebab saya interview dua tu je. Contoh ujian tu macam ni



Macam ni la lebih kurang tapi seingat saya haritu susah lagi huhu. Dia ada tanya jugak istilah dalam bahasa inggeris yang jarang saya dengar. Bukan istilah perubatan pun. Contohnya macam perkataan 'Redundant'. Then, dia suruh pilih perkataan lain (in english) yang sama maksud dengan tu jugak. Honestly, masa saya jawab haritu saya main tembak je HAHAHAHAAH. Soalan dia objektif semua jangan risau. Just trust your gut :p

Lepas tu barulah mula sesi interview. Iv tu dijalankan melalui Google Meet in fully English. Dia bagi link tu masa hari iv tu. Macam saya, iv tu 16/6/21 at 2 pm. So, pukul 2 petang tu baru dia hantar email and kena rajin-rajinkan diri refresh selalu la page email tu takut termasuk lambat ke apa nanti. Kita tak nak la bagi bad first impression kan? Masa hari iv tu please guna laptop okay and better guna earphone/headphone. Also, please wear a proper attire. Risau nanti dia suruh bangun and tunjuk outfit kita tu depan camera. Atas elok baju kurung/shirts, bawah pakai seluar pendek hahaha. Tak nak la macam tu tau hehe. Tunjuk kredibiliti kita nak jadi doktor ni.

Okay now to the part yang korang tak sabar. THE QUESTIONS!!! 

Interviewer tu seorang je. I don't remember his name 😰 but i just called him Dr. Dr tu akan tanya 5 soalan. Kategori soalan tu ada yang melibatkan kena guna calculator, so siap sedia calulator kat tepi laptop masa iv. Then, ada yang pasal general knowledge like how to solve them. Ada juga soalan pasal dilema. For me, soalan yang ditanya dalam interview medic UMS ni quite tough compared to medic UNIMAS. Okay korang kena tahu isu semasa, and kalau boleh baca la sikit pasal penyakit yang common kat Malaysia ni (tapi saya tak baca pun haritu hahahah). Here's the questions yang saya dapat:-

1. Tell me about yourself and why do you want to further your study in medicine at ums

2. Your cousin who lives at your house come home crying saying that she was being sexually harassed by her upper authorities. What will you do?

3. Your neighbor is unable to walk. But she’ll be getting her covid 19 vaccine in 3 days outside of the district. What will you do? Then dia tanya after vaccine mak cik tu demam what will u do? Then tanya lagi apa symptom after ambik vaccine and keadaan yang macam mana perlu untuk dirujuk ke doctor.

4. Your cousin just lost her mother whom she hasn’t seen in 3 months due to MCO a few weeks ago due to covid19. She also just lost her job. She video-call you while holding sleeping pills saying she can’t do this anymore. What will you do?

5. Dr tu tunjuk gambar satu ubat 5ml = 120 mg of X substance and dia tanya dalam berapa ml kena bagi kat patient weight 12 kg (lebih kurang macam tu la tak ingat sangat huhu). Pastu Dr tu tnya saya lagi. Ada nurse ckap salah tu doc sepatutnya amaun lain. How will you react? Then dia tanya lagi masa nak bgi ubat kat patient, nurse tu cakap dia dah bagi. How will you react?

So, apa pendapat korang? Nampak macam susah kan? Hahahaha. Okay itu je for iv medic UMS. Lepas dah habis iv tu jangan lupa say thank you kat dr yang iv korang tu. Let's move on to the next uni

TEMUDUGA MEDIC UNIMAS (UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK)


As for medic UNIMAS, dokumen yang dia minta berbeza sikit dengan pihak UMS. The hardest part about UNIMAS ni ialah dia minta saya buat resume. Ini saya tunjukkan dokumen yang pihak mereka nak.

-Resume
-Sijil SPM
-Sijil/slip sem 1
-Sijil MUET

Saya bersyukur sebab masa kat matrik dulu, pensyarah pengajian am saya iaitu Sir Nasrul Isyam, ada ajar kelas saya cara-cara nak buat resume. Dulu pun saya dah buat dah resume tu atas arahan Sir Nasrul. Jadi senang la bila pihak UNIMAS minta resume tu, saya guna yang dulu je cuma ada la tambah sikit dan tukar resume tu jadi dalam bahasa Inggeris. Maaf saya tak boleh nak tunjuk resume saya kat korang tapi cara nak buat resume ni simple je. Next blog, saya akan tunjuk cara nak buat resume okay?

Update! Here's the link for tutorial membuat resume

Lepas dah hantar dokumen tu, saya tunggu hari interview je. Memang tak ada kena jawab ujian apa-apa dah. Hari temuduga saya ialah pada 18/7/21 12:30 p.m. Saya ada baca beberapa blog lain yang cerita tentang pengalaman interview diorang di UNIMAS. Ada yang dapat soalan berkaitan medical term macam tu. Tapi, saya punya pengalaman sangatlah santai ye Interview tu. 

Interview tu dijalankan melalui Webex. Diorang dah bagi link awal-awal sebelum hari interview tu then kita akan masuk bila dah sampai masa kita. Saya join link tu dalam pukul 12:25 camtu, tak lama lepastu pihak UNIMAS admit saya masuk Interview room. Ada 2 orang Dr wanita yang temuduga saya hari tu dan sekali lagi saya tak ingat nama mereka😅. Nervous sangat masa tu. Seorang je yang cakap dengan saya. Seorang lagi Dr tu macam observe je kat sebelah dia. 

Apa yang saya boleh cakap, Dr tu sangat la baik. Cara dia bercakap dengan saya pun lemah lembut je. Jadi, saya daripada nervous boleh jadi tenang. Soalan-soalan yang ditanya tak ada yang pasal medic pun. Semuanya bersifat peribadi macam tu. Antara soalannya yang saya ingat ialah:-

1. Tell me about yourself. Name, age, where are you from, last college, siblings, parents occupation
2. How do you handle stress
3. Why do you want to study at Unimas (Dr tu cakap so jauh dari rumah nanti tak homesick ke)

I think that's all kot. Dr tu banyak la bergurau dengan saya. Interview ni dia tak tensed sangat compared to UMS one. Iv UMS tu memang betul-betul kena perah otak sikit sampai sakit kepala lepas habis iv tu hahaha. This is how the conversation  between me and the dr.

Dr: Why do you want to study at Sarawak? That's very far from your home la.
Me: *Explaining sebab saja nak explore Sarawak sambil study. Lagipun tak pernah sampai sana.
Dr: Really? Or do you have a boyfriend there aaa (sambil gelak)
Me: No la Dr I'm still single (sendu betul) hahaha
Dr: I see.. It's okay nanti you cari boyfriend Sarawak tau hahahah

Then also ada part di mana saya cerita pasal my parents' occupation. Memandangkan both my parents ni ada latar belakang in medical field (not doctor), Dr tu ada tanya satu soalan ni

Dr: Both of your parents are in the medical field. Is that the reason why you wanna be a doctor?

Saya pun jawab la "Some part of it." Then saya cerita pasal ayah saya yang nak saya jadi dr ni supaya dapat jawatan lebih tinggi daripada dia. Lepastu saya cakap saya nak jadi dr ni sebab minat sendiri sejak kecil. Dari saya darjah satu lagi saya dah banyak tengok ayah saya handle patient, cara dia rawat diorang and saya dah banyak tengok kes-kes yang teruk like mengerikan la. Contoh macam kes kemalangan, darah and saya tak takut tengok keadaan yang teruk macam tu. Jadi sejak kecil saya dah terdedah dengan perkara-perkara macam ni menyebabkan minat untuk merawat orang, untuk jadi dr tu datang dengan sendiri dan bukan paksaan from my parents.

Nak dijadikan cerita, masa tengah interview tu, masa tu saya baru sebut nama and tinggal kat mana tu. Tiba-tiba saya nampak mulut Dr tu macam cakap something tapi saya tak dengar. Masa tu dah gelabah dah. Then saya pun bagitau la Dr kat chat tu. Memang masa tu berdebar tak payah cakap la Allah je tahu. Puas dah cabut headphone and cucuk balik still tak jadi. Lepastu, Dr tu bagitau dia akan remove saya kejap dari webex meeting tu and nanti dia admit masuk balik. Alhamdulillah lepas tu dah okay. Berkali-kali saya minta maaf kat Dr tu tapi Dr tu punya la baik dia cakap macam ni tau "It's okay, that's not your fault. It's just technical problem don't worry. Calm down, take a deep breath and continue tell me about yourself"

I continued my interview session and everything went smoothly after that. Itu sahaja la pengalaman saya menghadapi sesi temuduga medic UMS dan UNIMAS. It was a great experience and I must say a lifetime experience. 

Disclaimer: Soalan yang saya dapat tu random je tau, so tak semestinya korang akan dapat soalan macam tu jugak. Ikut nasib, kalau dapat yang senang okay tapi klau dapat yang susah kena struggle sikit la. Jangan cakap saya bagi soalan bocor pulak hahaha

Saya ada beberapa nasihat kepada korang yang bercadang nak ambil course medic dan akan menghadapi temuduga nanti.

1. Be honest and be natural as possible. Jawab je secara jujur tak perlu nak jadi fake. Just be yourself. Everyone has their own capability. Show your strength <3

2. Relax and don't be nervous. Sebab kalau korang nervous mula la nanti tergagap and tak tahu nak cakap apa. Tenang je jangan gelabah and make sure minum air putih before iv baru la tekak tak kering masa bercakap nanti

3. Pakai pakaian dengan kemas. Macam yang saya cakap kat atas tu pakai formal even iv tu dijalankan secara online. For boys, rambut tu bagi kemas and girls pakai la make up sikit to make sure your face look fresh, young hahaha. Tak mandi tak apa diorang tak tahu pun you wangi ke busuk yang penting nampak kemas HAHAHA.

4. Be prepared. Study sikit ke pasal penyakit, or even pasal uni yang korang nak masuk tu. Takut nanti ditanya apa kelebihan uni yang you nak masuk tu sampai membuatkan you pilih uni tu as first choice. Kalau tak tahu apa-apa pasal uni tu kan dah pisyang nak reka apa.

I think that's all about my experience during the interviews. Alhamdulillah, I got my first choice which is medic UNIMAS despite the technical problem. But... I have to reject the offer for a certain reason ( yang ni saya cerita lain kali okay. Nanti boleh la you guys visit my blog again to find out why I reject offer nak jadi dr ni hehe. That's all i guess dah panjang sangat ni hehehe. Good luck korang yang nak interview medic nanti and do your best!! 


Till we meet again<3

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM PPC MATRIKULASI

PROGRAM PPC MATRIKULASI - PART 2

CARA MEMBUAT RESUME